1) MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


 

 NASI LEMAK 

- Nasi yang dimasak dengan santan kelapa

- Biasanya dihidangkan dengan telur rebus , ikan bilis goreng , timun , kacan goreng dan kuahnya ialah sambal bilis

- Umumnya rakyat malaysia makan nasi lemak pada waktu pagi , tetapi boleh sahaja pada waktu tengah hari mahupun malam

- Makanan yang wajib pelancong dari luar untuk mencuba kerana ia merupakan makanan utama di Malaysia




 NASI KERABU 

- Hidangan nasi yang berwarna kebiruan 

- Biasanya dimakan dengan ayam goreng,ikan kering,daging bakar atau telur masin
 
- Hidangan sampingan yang dimakan sekali dengan nasi kerabu ialah keropok ikan , budu dan ulam-ulaman

- Nasi kerabu ini asalnya dari negeri Kelantan




 ROTI CANAI 

- Sejenis makanan utama  sebagai sarapan pagi tetapi ramai juga yang makan pada     waktu malam

- Dihidangkan bersama kuah dal yang mana bahan utamanya ialah kacang dal atau sesetengah orang memanggilnya kacang bali

- Perkataan canai di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti.


Comments